

Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma
Km 10, Jalan Puchong.
58200 Kuala Lumpur.

Tel : 03-77829908 Faks : 03-77829908
Kebenaran Asas Kejayaan
moto
Moto Dan Falsafah
Misi Dan Visi
VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
falsafah sekolah
Sekolah Menengah Dharma yakin bahawa setiap pelajar mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan Intelek, Rohani , Emosi dan Jasmani. Sekolah akan membantu setiap pelajar untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti
Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
LIRIK LAGU KEBANGSAAN – NEGARAKU
​
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta
LIRIK LAGU WILAYAH PERSEKUTUAN – MAJU DAN SEJAHTERA
​
Inilah Wilayah Bumi Yang Bertuah
Maju Membangun Dijulang Megah
Aman Sentosa Disepanjang Masa
Teguh Disemai Sentiasa
​
Membara Semangat Setiap Warganya
Cergas Mindanya Semangat Waja
Pada Wilayah Ditumpah Setia
Hormat Hormati Penuh Mesra
​
Bersatulah
Berbaktilah
Semua Warga Wilayah
​
Sayangilah
Lindungilah
Sepenuh Jiwa Raga
​
Kita Jaga Keharmonian Semua
Maju Sejahtera
Wilayah Persekutuan
LAGU SEKOLAH
KEBENARAN ASAS KEJAYAAN
MOTO KAMI MURID SM DHARMA
BERSOPAN SANTUN JADI AMALAN
BERDISPLIN MEMBAWA KEBAHAGIAN
PERPADUAN TETAP DIKEKALKAN
MURID-MURID YANG BERBILANG BANGSA
BEKERJASAMA CAPAI IMPIAN
BERUSAHA MEMBAWA KEJAYAAN
PRINSIP RUKUN NEGARA
MENJADI PANDUAN KAMI SEMUA
TAAT DAN SETIA KEPADA
MALAYSIA YANG TERCINTA
KEJUJURAN SANGAT DIPENTINGKAN
DISEKOLAH KAMI SM DHARMA
UNTUK MENCAPAI CITA-CITA
KAMI BERTEKAD DAN SENTIASA BERUSAHA.