

Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma
Km 10, Jalan Puchong.
58200 Kuala Lumpur.

Tel : 03-77829908 Faks : 03-77829908

-
LOGO PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM)
-
MAKSUD DAN KETERANGAN LOGO PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA Bulan Sabit Merah – Berasal dari lambang palang merah yang telah diiktiraf oleh Persidangan Palang Merah Antarabangsa pada tahun 1929 Lambang ini digunakan oleh pasukan penyelamat dan kakitangan perubatan untuk mengelakkan mereka daripada diserang ketika peperangan.

Lambang/Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
-
Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:
- Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
-
Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
-
Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
-
Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
-
Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
-
Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
-
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
-
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap.
- Kuning - "Pengakap Kanak-Kanak",
- Hijau - "Pengakap Muda",
- Merah - "Pengakap Remaja

-
Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada genjala yang tidak sihat.
-
Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
-
Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan rasional dalam semua tindakan.
-
Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
-
Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
-
Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang tercinta.
-
Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara Malaysia.
-
Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian